CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, 12 May 2011

Lampeter - London - Istanbul

Pulang dari Brecon, bersungguh-sunguh pula Along dan angah minta untuk siapkan snowman di halaman rumah. Disebabkan ini winter terakhir kami di Bumi Empat musim ini saya gagahkan juga untuk memenuhi permintaan anak-anak. Hampir senja, akhirnya snowman kami tersenyum di halaman LLysmeddyg, rumah yang kami sayangi. Keesokan harinya kami bergambar dahulu dengan snowman sebelum meninggalkan Llysmeddyg.





Kemudian menuju ke rumah Ust.Aziz dan Kak Ann memenuhi undangan mereka untuk bersarapan di Derwen Deg sebelum bertolak ke London. Malangnya kereta kami terpusing di depan rumah Harrison. Setelah pelbagai usaha dilakukan, dan setelah kereta boleh bergerak semula kami mengambil keputusan untuk parking di coop dank e rmh Ust.Aziz dengan kereta mpv beliau sahaja.Selesai sarapan kami meneruskan perjalanan….Singgah di garage untuk tukar tayar baru walau masih selamat digunakan. Di garage Kami sempat bergambar dengan icicle yang jatuh dari juraian di bumbung-bumbung rumah….Setelah selesai, sekali lagi kereta kami gagal untuk menongkak bukit di depan garage dan terpaksa ditarik oleh 4 whell drive kepunyaan Evan, tuan punya garage. Langsung meneruskan perjalanan ke London…..


Alhamdulillah…kami selamat sampai di Travelodge dengan selamat walau mengharungi snow yang lebat di Luton. Debaran masih belum reda, bimbang flight ditangguhkan apalagi di cancelkan. Tidur awal malam tu kerana kami kena bangun seawal 2 pagi untuk bersiap ke airport.

Alhamdulillah, akhirnya flight kami berlepas ke Istanbul walau hampir 2 jam ditangguhkan akibat snow .

Friday, 6 May 2011

Puncak Brecon


Hampir 4 bulan lebih saya tidak memasukkan sebarang entri di ruang blog ini. Sebelum n3 yang saya masukkan baru-baru ini, n3 terakhir saya sempena Tahun Baru Hijrah December lalu…..waktu itu heavy snow sedang melanda Bumi Empat Musim ini. Di Lampeter khususnya, selama hampir 4 tahun saya bermastautin disini, belum pernah merasa salji seawal, setebal dan sesejuk ini.

Rugi rasanya tidak terus mencoretkan pengalaman suka duka di rantauan, sementelah blog ini juga dikhaskan untuk merakam memori di bumi empat musim ini, moga ia daapat diputarkan kembali walau hanya di muka computer sebagai kenangan dan sebagai sejarah dan dokumentasi hidup kami sekeluarga, khususnya ketika di rantauan…..

Menyingkap semula memori lalu….22 December 2010, walaupun penuh debaran, kami terpaksa juga mengharungi snow yang tebal untuk bercuti ke Istanbul, Turrkey. Sementelah tiket flight dan penginapan telah ditempah awal-awal lagi. Kereta kami beberapa kali terpusing akibat jalan licin, kerisauan suami untuk memandu dalam keadaan jalan yang sangat licin sehingga membuat keputusan untuk ke garage tukar tayar kereta walaupun ianya masih selamat untuk digunakan. Alhamdulillah, akhirnya kami selamat tiba ke Travelodge, tidak jauh dari airport dengan selamat.

Sehari sebelum bertolak ke London untuk ke Istanbul, Kami menjejaki snow di Brecon.
Mengenangkan ini kali terakhir bermandi salji kami selitkan juga ruang waktu untuk ke sana, Brecon terkenal dengan kawasan pergunungan yang cantik di Wales selain Snowdon. Perjalanan kami ke sana sangat-sangat mencabar. Hampir sahaja saya mengajak suami berpatah semula ke rumah bila melalui jalan sempit yang licin. Namun pemandangan di kanan kiri jalan memukau pandangan mata. Cantik, indah dan menakjubkan. Semuanya bersih keputihan…..Subhanaallah! itulah satu perkataan yang selayaknya…..

Warna warni Bumi Empat Musim

Lima perkataan yang saya pilih sebagai tema blog peribadi ini. Bersesuaian dengan maknanya yang tersurat bahawa kehidupan di bumi UK ini sememangnya berwarna warni dengan empat musim yang silih berganti. Kedatangan musim bunga / spring, dengan seribu satu warna sangat dinanti. Pelbagai spesis bunga memenuhi ruang mata, dimulai dengan hadirnya bunga snowdrop yang berwarna putih dan dikaitkan dengan permulaan musim bunga, diikuti pula tumbuhnya bunga daffodil yang menjadi bunga kebangsaan Wales yang melata kekuningan, diiring pula dengan bunga tulip dan bunga-bunga selainnya hadir dalam pelbagai rupa, bau dan warna….. Semuanya tumbuh mengikut masanya….Subhanallah….

Warna warni yang mengisi ruang pandangan membawa ke musim panas / summer, di panjang semarakkan pula dengan pelbagai aktiviti outdoor sementelah siang lebih panjang dari malam……

Seusai musim panas, menjelma pula musim luruh / autumn yang menjanjikan keindahan luar biasa. Walaupun layaknya musim luruh ini hanya dikaitkan dengan dedaun yang kekeringan namun hadir dengan pelbagai warna yang hampir serupa. Warna warni musim luruh…pemandangan yang amat menakjubkan. Keajaiban ciptaan Tuhan…….

Tika sampai saatnya musim luruh memberi laluan untuk musim sejuk / winter menggantikannya. Walaupun hadirnya dengan seribu satu keresahan warga tempatan, namun bagi perantau seperti Kami kedatangan winter terutamanya salji / snow sangat dinanti. Walaupun kesejukannya mencengkam tulang namun kemeriahan bermandi salji pasti menjadi salah satu nostalgia yang terpahat dalam ingatan terutama setelah tidak lagi bermastautin di sini. Musim sejuk yang sinonim dengan warna putih seputih salji yang memenuhi bumi. Satu lagi keindahan luar biasa semulajadi yang tiada di tanahair sendiri……

Justeru wujudnya saya di Bumi empat musim ini walaupun untuk beberapa ketika sangat-sangat disyukuri……walau dengan seribu satu warna warni kehidupan. Itulah juga yang mewakilkan makna tersirat dari lima perkataan ini “ ada masanya ketawa ada masanya menangis hiba”. Kekadang suka terkadang duka. Adakalanya terang warna hidupnya namun terkadang gelap terasa alam maya….semuanya rencah hidup yang pasti dilalui oleh semua yang bernama manusia. Pokok pangkalnya terserah pada diri masing-masing. Bagaimana kita meletakkan diri ketika saat bergembira dan bagaimana pula kita bereaksi saat kita menangis hiba. Kebanyakan manusia lalai waktu senangnya tetapi merintih dan keluh kesah sewaktu susahnya . Moga kita tergolong dalam manusia yang sentiasa beringat dan bersyukur atas setiap kurniaan dari Ilahi…Rabbul ‘izzati.