CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, 2 December 2008

Sport Day & Wild Garden opening ceremony

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam semasa hari sukan sekolah Angah dan Along. Mereka pun ambil bahagian dalam acara lari berhalangan tapi tak menang.....Alhamdulillah cuaca baik pada hari tersebut tapi zalifah pula meragam nak tido. Habis acara sukan ada perasmian Wild Garden yang selalu jadi sebutan angah along pada summer yang lalu.




Hay on Wye

Merupakan sebuah pekan buku yang terbesar pernah ku temui. Pekannya dipenuhi dengan deretan kedai-kedai buku samaada buku yang baru atau terpakai. Terletak lebih kurang 2 jam dari Lampeter. Aku betul-betul kagum dengan kewujudan dan keunikan pekan tersebut. Kami singgah di Honesty bookshop, tanpa penjaga, buku-buku di situ hanya di susun di rak-rak buku mengelilingi satu kawasan berhampiran castle, tanpa bumbung. Harga buku hanya di tulis " soft cover 0.30 pence and hard cover 0.50 pence". Wangnya hendaklah dimasukkan kedalam tabung yang disediakan. Semuanya bergantung pada kejujuran si pembeli. Oleh kerana Zalifah masih kecil waktu itu dan stroller yang kami bawa pula besar saiznya membataskan pergerakanku. Hanya abang yang keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai manakala kami hanya ke market berhampiran dan bersiar-siar di kawasan sekitar.


New Quay


New Quay pun terletak lebih kurang sejam perjalanan dari Lampeter. Juga terdapat pantai yang menjadi aset pelancungan. First time sampai ke sana without planning. Saje nak ronda-ronda naik kete, tup-tup sampai ke New Quay. Cuaca pun pada haritu tak berapa elok. Tambahan Zalifah tika itu masih kecil, baru dua bulan lebih. Sejuk disebabkan angin sepoi-sepoi bahasa, maka kami pun tak la berlama-lama di situ....


Aberystwyth 2008

Tahun 2008 ni kami tak ke Castle di Aberystwyth, tapi hanya merakamkan gambar bunga-bungaan di kawasan bandarnya saja. Walau pun tak ke castle melihat bunga-bungaan di sana, bunga-bunga yang di tanam di sekitar town tak kurang cantiknya. Hajatnya untuk tahun 2009, kami nak ke Cliff Railway pulak di Aberystwyth...InsyaAllah.


Monday, 1 December 2008

Aberystwyth 2007

Aberystwyth terletak lebih kurang 45 minit perjalanan dari Lampeter. Terkenal dengan bandar pelancungan. Boleh dikatakan setiap bulan kami akan ke sana.Tambahan urusan medical checkup untuk kami sekeluarga pun di buat di Bronglais Hospital Aberystwyth. Summer 2007 kami ke Castle Aberystwyth, merakamkan gambar pemandangan laut dan bunga-bunga yang cantik dan berwarna warni.






Kali kedua ke castle Aberystwyth bersama Mimi,Man, Rizal dan Dilah. Tapi masa tu cuaca tak berapa elok. Satu problem kalau pergi sini ialah cari tempat parking. Masa pergi dengan dorang banyak la ambik gambar sefamily sayangnya awan dan laut tak la membiru hanya rumput jer yang menghijau.....