CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday 6 May 2011

Puncak Brecon


Hampir 4 bulan lebih saya tidak memasukkan sebarang entri di ruang blog ini. Sebelum n3 yang saya masukkan baru-baru ini, n3 terakhir saya sempena Tahun Baru Hijrah December lalu…..waktu itu heavy snow sedang melanda Bumi Empat Musim ini. Di Lampeter khususnya, selama hampir 4 tahun saya bermastautin disini, belum pernah merasa salji seawal, setebal dan sesejuk ini.

Rugi rasanya tidak terus mencoretkan pengalaman suka duka di rantauan, sementelah blog ini juga dikhaskan untuk merakam memori di bumi empat musim ini, moga ia daapat diputarkan kembali walau hanya di muka computer sebagai kenangan dan sebagai sejarah dan dokumentasi hidup kami sekeluarga, khususnya ketika di rantauan…..

Menyingkap semula memori lalu….22 December 2010, walaupun penuh debaran, kami terpaksa juga mengharungi snow yang tebal untuk bercuti ke Istanbul, Turrkey. Sementelah tiket flight dan penginapan telah ditempah awal-awal lagi. Kereta kami beberapa kali terpusing akibat jalan licin, kerisauan suami untuk memandu dalam keadaan jalan yang sangat licin sehingga membuat keputusan untuk ke garage tukar tayar kereta walaupun ianya masih selamat untuk digunakan. Alhamdulillah, akhirnya kami selamat tiba ke Travelodge, tidak jauh dari airport dengan selamat.

Sehari sebelum bertolak ke London untuk ke Istanbul, Kami menjejaki snow di Brecon.
Mengenangkan ini kali terakhir bermandi salji kami selitkan juga ruang waktu untuk ke sana, Brecon terkenal dengan kawasan pergunungan yang cantik di Wales selain Snowdon. Perjalanan kami ke sana sangat-sangat mencabar. Hampir sahaja saya mengajak suami berpatah semula ke rumah bila melalui jalan sempit yang licin. Namun pemandangan di kanan kiri jalan memukau pandangan mata. Cantik, indah dan menakjubkan. Semuanya bersih keputihan…..Subhanaallah! itulah satu perkataan yang selayaknya…..

0 comments: