CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday 2 December 2010

Durham Castle & Cathedral

Haa.....ni dia antara mereka yang menanti kami di Durham. Pertemuan yang sering diharapkan sejak saya tahu mereka sekeluarga juga menjadi perantau di bumi empat musim ini. Nani & Zul.....kali terakhir kami bersua semasa majlis pernikahan saya pada 20.01.2001. Hampir 10 tahun tidak bersua.....masing-masing dah punya 3 cahayamata. Saya mengenali Nani semasa kami sama-sama menunutut di UIA Gombak. Satu kolej -Kolej Aminah. Saya senior setahun dari Nani. Masa tu saya aktif dengan persatuan COMRADE - Persatuan Dakwah untuk Orang Asli. Nasmi junior yang juga aktif dalam COMRADE merupakan roommate Nani ketika itu. Maka saya selalu melepak dibilik Nani & Nasmi sambil melangsaikan kerja-kerja persatuan. Semua itu kini tinggal kenangan yang menjadi nostalgia hidup sebagai penuntut di menara gading. Masing-masing membawa haluan sendiri selepas itu...





Sampai satu ketika bila saya tahu Nani juga menetap sementara di UK . Sejak itu saya sering mengikuti perkembangan Nani sekeluarga melalui blognya. Walau tidak pernah bersua muka dengan anak-anaknya Ameen, Iffah dan Izzah, saya masih merasa mereka dekat di hati saya. Mungkin kerana sering kali menatap wajah-wajah mereka di blog ibunya. Begitu juga Along angah dan Zalifah. tidak kekok untuk menyesuaikan diri dengan kenalan baru. Berlari berkejar-kejaran keatas ke bawah, riuh rendah dengan suara mereka bermain di dalam rumah hingga larut malam. Saya dan Nani pula sementelah terlalu lama tidak bertemu, kami berbual dari satu topik ke satu topik, merungkai kembali nostalgia lama bersama rakan-rakan yang kami kenali.


Suka tengok gambar ni, semua berjacket biru...terlihat keakraban mereka....
Di lorong luar Durham Cathedral di mana Hary Potter beraksi dalam satu babak lakonannya.


Keesokan harinya Nani dan Zul membawa kami berjalan-jalan di Durham Castle dan Durham Cathedral, melalui The Gates shopping Centre, singgah membeli souvenir di Durham Indoor market dan kemudiannya ke Durham University.

0 comments: