CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday 10 November 2010

New swimmer

Mengisi masa Zalifah dengan swimming session yang dikhususkan untuk parents and baby/toddler group. Swimming pool ni terletak berdekatan dengan rumah kami. Bumbungnya pun kelihatan dari rumah. Hanya diselangi dengan Balai Bomba sahaja. Seminggu sekali....Dengan bayaran sebanyak f 2.30 selama 1 jam, Zalifah berpeluang berjinak-jinak dengan air sebagai permulaan untuk belajar berenang. Tahu dia tak takut dengan air, tapi tak terjangkau yang zalifah ni over confident pulak dengan air. Mamanya yang tak yakin dengan kemampuan anak sendiri!. Baru sekali dua join group ni Zalifah dah mula minta dilepaskan. Ditepis-tepis tangan mamanya tak bagi pegang. Nak berenang sendiri. Last week dia dah mula berani nak terjun dari tepi swimming pool ke dalam air. Tak berani lagi nak snap gambar Zalifah tengah terjun sebab masih dalam pengawasan ketat mama, huhuhu......Rasanya kalau Zalifah belajar dengan jurulatih renang professional, sekejap je dah pandai. Ni dengan mama yang tak pandai pun berenang... tu yang tak confident! Kena take time la jugak. Anyway balik M'sia nanti boleh berenang di Tiara, PD, Sungai Congkak, Hot spring Sg. Kelah dan taman tema air.....tempat2 yang selalu angah along kunjungi suatu masa dulu......


0 comments: