CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday 22 September 2010

Ramadhan 2010

Berakhir sudah Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.....Semoga Ramadhan yang baru berlalu pergi menjadi bulan penghapus dosa kerana belum pasti kita bertemu Ramadhan yang mendatang.


Alhamdulillah kami sekeluarga beroleh kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan dan syukur juga kerana Along dan Angah pun berjaya berpuasa selama sebulan walaupun dalam jangkamasa yang panjang. Mungkin ini merupakan Ramadhan terakhir kami di perantauan. Berpuasa di bumi empat musim ini ternyata memberikan pengalaman yang berbeza dengan berpuasa di tanahair Malaysia. Di awal Ramadhan yang lalu kami berpuasa hampir 17 jam kerana masih berada di penghujung musim panas di mana siang lebih panjang dari malam. Imsak seawal 4
pagi dan berbuka pukul 9 malam. Pada awalnya mama menjangkakan Along dan angah akan merungut keletihan. Tapi ternyata itu hanyalah sangkaan mama semata-mata. Cuma menjelang 7.30 petang je baru angah dan along sibuk bertanya lagi berapa jam kita nak berbuka. Mungkin kesan berpuasa sebulan di Malaysia tahun lalu membuatkan angah along set dalam fikiran berpuasa sehingga 7.30 petang. Namun Alhamdulillah seminggu dua selepas itu mama tak perlu lagi menjawab soalan yang sama kerana anak-anak mama dah maklum masa untuk berbuka. Di tambah pula semakin hari semakin singkat waktu kita berpuasa hinggakan di akhir-akhir Ramadhan kita imsak pukul 4.45 pagi dan berbuka pukul 7.45 petang.


Beberapa aktiviti memeriahkan Ramadhan tahun ini. Iftar jama'i, tadarus Al quran, iktiqaf di masjid bagi kaum lelaki dan majlis khatam al-Quran diadakan di masjid Lampeter. Berikut adalah foto-foto yang dirakam semasa majlis khatam Al Quran di masjid Lampeter.


0 comments: