CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday 2 July 2010

Legoland Windsor : 26 June 2010

Jika kebiasaannya cuti hujung minggu kami dihabiskan dengan pergi ke carboot sale dan singgah di tempat-tempat menarik di kawasan sekitar, hujung minggu baru ni kami ke Legoland di Windsor. Pergi bersama keluarga Kak Ann dan Kak Ida yang masing-masing mempunyai lima cahayamata ditambah pula dengan 3 permata hati saya, menjadikan jumlah anak-anak seramai 13 orang sudah cukup memeriahkan suasana. Bertolak dari Lampeter awal pagi dan terus ke destinasi. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 5 jam melalui M4 menghala ke London. Sampai di sana sekitar jam 11.00 pagi dan menghabiskan masa di sana sehingga Legoland ditutup jam 6 petang. Lihatlah kemeriahan anak-anak gembira dapat bermain itu dan ini bersama rakan-rakan sebaya. Bagi anak-anak yang tidak mencapai had ketinggian bagi sesetengah permainan memerlukan orang dewasa untuk menemaninya. Maka kami-kami ni pun turut serta........



Fire Academy


Balloon School



L Drivers


Fairy tales


Cuddle Corner



Mini Land



Di hadapan Imagination Theatre


Sky Rider


Space Tower




Hanya selepas semua permainan dihentikan kami berjalan keluar dari Legoland. Walaupun banyak permainan yang dah diteroka anak-anak masih belum puas. Tapi tak pe tiket promosi yang ditempah untuk 2 hari. Esok boleh datang lagi.....Hooray!!!!


Destinasi seterusnya Quality Hotel......Solat...makan....rehat.....tidur.....
bbzzzz......masing-masing kepenatan.


1 comments:

Nadiah Sidek said...

salam..

menariknya legoland windsor tu..