CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday 18 June 2010

University of Cambridge

Hari itu kami ke Cambridge University yang letaknya tidaklah berapa jauh dari Luton, London. Sebenarnya kami dah sampai ke sini December tahun lalu, tetapi disebabkan pada masa tu tempat parking semuanya full so kami hanya lalu di jalan utamanya dengan berkereta. Tak kesampaian hajat nak bergambar dengan seniukir banggunan yang cantik. Alhamdulillah kali ini dapat parking kereta berhampiran dengan universiti dan berkesempatan menaiki sampan kecil menyusuri terusan sepanjang kawasan universiti dan melalui 9 bridges yang berbeza senibinanya. Pengalaman pertama anak-anak menaiki sampan kecil sebegitu membuatkan mereka cukup gembira. Kebetulan sampan kami hanya dikongsi dengan 2 orang dewasa tanpa anak kecil membuatkan kami rasa masih selesa. Dengan tambang yang dikenakan sebanyak GBP 30 dan mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan informasi-informasi yang diberikan oleh si pendayung sampan rasa-rasanya cukup berbaloi buat kami. Jom tengok keceriaan dan kegirangan Zalifah dan twin bersampan.


2 comments:

UnGu VioLet said...

wah kak... teruja.. gambar semua cantik2 belaka gitu.. :)

nar said...

Alhamdulillah....cuaca cantik yang menyumbang kepada gambar yang cantik Mar. Kalau cuaca x cantik gambar pun tak cantik lah sebab orang2nya memang dah tak cantik....hehehe