CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday 30 June 2010

Sport Day 2010

Sport day yang diadakan pada hari Rabu minggu lepas bersamaan 23 Jun 2010 di Ffynnonbedr, Lampeter. Kali kedua menghadiri sukan sekolah di sini, meyaksikan perbezaan yang amat ketara dengan hari sukan di sekolah-sekolah di Malaysia. Semua murid mengambil bahagian dalam semua acara yang diadakan termasuk kanak-kanak istimewa yang berkerusi roda, tetap mengambil bahagian walaupun kerusi rodanya ditolak oleh helper masing-masing. Saringan diadakan pada hari itu juga. Murid-murid hanya memerlukan 2 hari untuk berlatih. Sukan diadakan pada hari sekolah dan tidak ada satu aktiviti pun yang dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad. Rombongan sekolah sekalipun diadakan pada hari persekolahan. Tanpa khemah, tanpa baju sukan yang seragam, tanpa hadiah atau hamper, hari sukan yang diadakan tetap meriah. Murid-murid yang menang hanya di berikan batch ribbon yang ditulis nama sekolah. Pun mereka tetap bersemangat untuk mendapatkannya.

Acara lari

Acara lari dalam guni

Angah menang dalam acara ini


Bergambar dengan hadiah yang dimenangi


Acara lompat jauh

Acara lari berhalangan

Acara lontar peluru

0 comments: