CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday 11 June 2010

Devil's Bridge

Hari itu asalnya kami ke Aberystwyth, memandangkan siang masih panjang dan cuaca mengizinkan, on the way back kami menyimpang mengikut arah signboard ke Devil's Bridge. Pertama kali melalui perkampungan Pisgah, pemandangan biasa di sini dengan selautan kambing-kambing putih dan padang ragut berbukit bukau menghijau tenang, memukau pandangan mata. Aman terasa menghirup udara segar jauh dari hiruk pikuk dan kesesakan kota dan jalan raya. First time pergi ke Devil's Bridge. Sebuah hutan rekreasi yang digembar gemburkan dengan kecantikan dan air terjunnya. Bagi saya ianya biasa saja, kerana air terjun di negara kita jauh lebih menarik......


0 comments: