CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday 7 February 2010

Zalifah-1st act @ Toys Library


Bermula minggu lepas Zalifah memulakan rutin baru untuk mengikuti aktiviti kanak-kanak di Family Centre atau lebih dikenali dengan nama Toys Library di sini. Dibuka setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu dari pukul 10.30 pagi hingga 2.30 petang. InsyaAllah Sedaya mungkin mama akan spend masa bersama Zalifah at least seminggu sekali untuk turut serta dalam aktiviti di sana. Minggu lepas 28 Januari 2010, Zalifah sama-sama dengan kawan-kawannya mewarna dan menampal si Penguin ni. Ni adalah hasil warna tangan Zalifah sendiri of course dengan sedikit bantuan mama especially kerja tempek menempek anggota badan Si Penguin......Nampak Zalifah enjoy sangat kat situ! sekurang-kurangnya dia boleh belajar berkawan, sharing dan bertoleransi.

0 comments: