CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday 19 March 2009

KDUK: Day 6 part 2 Jejak di bumi Anbiya' 24.01.2009

Sekembalinya abang dan Ustaz Mizi dari survey tempat naik cruise tu, siap pikul tebu 2 batang. Budak2 ni memang tak puas-puas lagi makan tebu kat sini. Lepas patah2kan tebu ikut ruas masing2 tekun menyagut dan menikmati kemanisan tebu masing-masing.



Lama juga kami menunggu masa untuk di benarkan menaiki cruise yang bernama al-nawras tu. Cruise kelas sederhana kerana kami difahamkan ada juga cruise mewah yang setanding dengan bayarannya menyediakan perkhidmatan. Setelah dibenarkan kami memilih untuk duduk ditingkat atas untuk menikmati pemandangan tanpa halangan dari tingkap kaca. Semasa menunggu cruise untuk bergerak sempat tengok pak-pak Arab tu bergaduh sesama sendiri. Sepanjang berada di sini memang kerap menyaksikan pertengkaran dan pergaduhan orang Arab Mesir. Mereka agak kasar berbanding dengan orang2 Arab di Syria atau tempat2 lain. Sekejap2 bergaduh, sekejap2 bergaduh. Itu dah macam hiburan bagi mereka. Sambil snap gambar2 twin 2,3 keping, di satu sudut aku asyik memerhatikan 3 beradik yang khusyuk menikmati sayur seakan2 daun salad yang hanya diletakkan di lantai tempat laluan kami sebentar tadi.



Bila cruise mula bergerak, aku mula menghayati keindahan ciptaan Ilahi, menyelami sirah nabi Musa yang dihanyutkan di Sungai tersebut demi kasih Bonda tercinta. Banyak terdapat rumah2 mewah di persisiran sungai berkenaan. Sesekali kami merentasi nelayan2 mencari rezeki. Siang melabuhkan tirainya tika kami masih lagi menjadi penumpang cruise itu. Disebabkan angin malam, bila mula kesejukan kami berpindah ke tingkat bawah. 4 jam meneroka sungai nile, lebih dari puas.......



3 comments:

Anonymous said...

Salam Iza,
Suka tengok blog Iza, walau tak dapat baca & tatap semua satu persatu. Dlm kesibukan yg maha menghimpit ni, bila letih2 buka FB n blog kawan is such a gud therapy.. Kata org sekilas ikan di laut.. Bila tgk blog ni lebih mengenali empunya diri yg bernama Iza yg br dikenali di bumi London ni, begitu teliti dan telus orgnya.. Terima kasih atas silaturrahim, rendang, ayam masak hitam, lemang dll, terima kasih daun keladi hihihi.. - Kak Fa Luton

nar said...

Salam Kak Fa....

Rindu nak sembang2 dgn KFa. Iza try kol KFa...nom.rmh haritu tp x dgr suara org sana. Thanks coz ikuti blog iza...busy la KFa...tak sempat nak keep blogging. Sesekali je masuk n3 baru la ni. Pasal lemang n rendang tu tau tau la apa rasa.....bila nak dtg Lampeter?

My Life My Journey.. said...

Iza,
Ni no baru kfa - 07545251625, hp lama kfa dah selesai Muhammad rendam dlm air, nak marah pun ada, kelakar pun ada gak!! So lama jugak la tak dak hp, ni br beli hp sekali dgn no. Rendang tu sedap, lemang pun terasa lemaknya.. Nanti dtg London, singgah la Luton ok.. Kfapun dah mula busy skrg ni, kelas, worshop, module & lain2. InsyaAllah ada masa sampailah kami ke lampeter ok..