CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday 2 December 2008

Hay on Wye

Merupakan sebuah pekan buku yang terbesar pernah ku temui. Pekannya dipenuhi dengan deretan kedai-kedai buku samaada buku yang baru atau terpakai. Terletak lebih kurang 2 jam dari Lampeter. Aku betul-betul kagum dengan kewujudan dan keunikan pekan tersebut. Kami singgah di Honesty bookshop, tanpa penjaga, buku-buku di situ hanya di susun di rak-rak buku mengelilingi satu kawasan berhampiran castle, tanpa bumbung. Harga buku hanya di tulis " soft cover 0.30 pence and hard cover 0.50 pence". Wangnya hendaklah dimasukkan kedalam tabung yang disediakan. Semuanya bergantung pada kejujuran si pembeli. Oleh kerana Zalifah masih kecil waktu itu dan stroller yang kami bawa pula besar saiznya membataskan pergerakanku. Hanya abang yang keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai manakala kami hanya ke market berhampiran dan bersiar-siar di kawasan sekitar.


0 comments: