CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday 19 October 2008

KDUK: Leicester 28-30 Julai 2008

Pertama kali kami sampai ke Leicester pada hari Isnin 28 Julai 2008 yang lalu, bukan untuk bercuti, tetapi kerana mengikut suamiku mencari bahan untuk penulisan tesis ph.d nya di Markfield yang terletak di sana. Kami pergi dua kereta bersama Adli dan Firdaus yang juga merupakan Student ph.d di Lampeter.




Bertolak dari Lampeter awal pagi dan sampai di sana tengahari. Perjalanan mengambil masa dalam 4 jam. Destinasi pertama kami ialah rumah Akmal dan No, adik yang pernah belajar di Highmead berhampiran Lampeter dan berpindah ke Leicester kerana Akmal menyambung pengajian di sana. Mereka mempunyai seorang anak, A'fif namanya. Selesai makan tengahari di rumah No. Akmal, suamiku, Firdaus dan Adli terus ke "Islamic Foundation" Markfield, untuk mencari bahan-bahan yang bersesuaian, manakala aku dan anak-anak tinggal di rumah bersama No dan A'fif. Oleh kerana rumah No dan Akmal terletak di tengah-tengah kawasan perniagaan maka pada sebe lah petangnya aku mengambil peluang untuk berjalan-jalan di kedai berhampiran ditemani No dan anak-anak. Lewat petang baru suamiku pulang. Kami sekeluarga bermalam di rumah Akmal manakala Adli dan Firdaus bermalam di rumah kawan tidak jauh dari situ












Gambar atas di Playground Abbey Park manakala gambar di bawah semasa berada di Markfield.












Keesokan harinya, Selasa 29 Julai 2008, selesai sarapan, mereka terus ke Markfield semua untuk menyambung tugasan. Seharian di sana, aku dan anak-anak pun mengambil kesempatan menyambung semula "window shopping" di kedai-kedai berhampiran. Di sebabkan kawasan tersebut kebanyakkannya di huni oleh warga Pakistan maka banyaklah terdapat masjid, kedai-kedai yang menjual makanan halal dan kedai pakaian muslim dan muslimah, dan kedai charity muslim. Aku membeli dua helai tudung untuk si kembar dan membeli beberapa pasang mini jubah untukku. Hampir pukul 7 petang baru suamiku pulang. Selepas Library tutup mereka ke "Maktabun" kedai buku yang terletak di Leicester untuk membeli buku-buku yang berkaitan dengan penulisan.




Hari Rabu, 30 Julai 2008, hari terakhir kami di sana, hanya Adli dan Firdaus ke Markfield, manakala suamiku tidak turut serta kerana ingin meninjau-ninjau kawasan sekitar dan membawa kami berjalan ke taman berhampiran. Selesai sarapan kami ke "Abbey Park". Sebuah taman yang luas kawasannya. Ada tasik dan taman permainan yang luas. Kami menghabiskan beberapa jam berjalan di kawasan sekitar taman sambil mengambil gambar. Menjelang tengahhari kami pulang. Selesai makan tengahari dan solat, kami berkemas untuk pulang. Dari rumah Akmal kami ke Kedai yang menjual " frozen food". Harga-harga makanan laut seperti Ikan, udang dan sotong jauh lebih murah berbanding di Swansea, tempat kami membeli makanan halal. Kami berpisah dengan Akmal sekeluarga di situ kerana mereka ingin ke Tesco manakala kami ke Markfield untuk berjumpa dengan Adli dan Firdaus. Dalam pukul 3.30 petang, dari Markfield kami bertolak pulang, dan sampai di Lampeter sekitar pukul 8 malam.







Gambar bersama Akmal dan No dirakam ketika kali terakhir mereka ke Lampeter sebelum pulang ke Malaysia.



Kepada Akmal dan No sekeluarga, terima kasih atas kesudian menumpangkan kami bermalam di rumah kalian. Tentunya kalian gembira berada di Tanahair Malaysia tika ini, di temanai ibu bapa, sanak saudara dan rakan taulan yang lama di tinggalkan. Akak doakan semoga No selamat melahirkan cahayamata kedua Desember ini, dan semoga kalian bahagia dunia dan akhirat. Salam Ukhwah dari kak Iza sekeluarga. Tak tahulah bila pulak nak ke Leicester.....

0 comments: