CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday 14 October 2008

KDUK: London1 25-29 Desember 2007



25 Dec.2007

Alkisahnya bertolak dari Lampeter pukul 9.30 pagi. Konvoi 3 kereta, keluarga kami, ustaz Halim dan ustaz Kamaruzzaman. Cuaca hari tu ok. Perjalanan ke London mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Lampeter. Berhenti di Service dalam pukul 1 tengahari, terus solat Zuhur dan Asar. Sampai di London dalam pukul 3.30 petang, hari pun dah mula gelap, terus ke ROYAL OBSERVATORY GREENWICH. Habiskan masa dalam sejam di situ kemudian ke rumah makcik Shifa', makan malam dan lepas tu terus bertolak ko ROYAL PARK TRAVELODGE. Kepenatan......rehat dan tidur.




26 Dec. 2007



Hari ni sehari selepas hari Krismas dinamakan BOXING DAY. Terkenal dengan hari bershopping. Selepas sarapan pagi kami bertolak ke ASHFORD DESIGNER OUTLET. Perjalanan agak jauh, memakan masa lebih kurang 2 jam dari centre of London. Memang besar kawasannya, dipenuhi dengan deretan kedai-kedai pelbagai jenama terkenal. Kami pun bershoppinglah seharian di situ....Bertolak balik dan sampai travelodge pun dah malam.




27 Dec.2007




Pagi-pagi lagi kami naik bas pergi sarapan di MALAYSIA HALL. Naik 2 bas baru sampai kat situ. Lepas sarapan naik bas lagi ke OXFORD STREET, nak tengok orang ramai membeli belah....tengok jer...tak beli apa pun. Dah pilih-pilih gak mana yang nak beli, memang murah tapi tengok orang beratur nak bayar, mahu sehari suntuk menunggu.....




so untuk menjimatkan masa kami naik bas lagi ke TRAFALGAR SQUARE. Lepas posing dengan singa batu di situ kami singgah di MALAYSIA HOUSE.Lepas tu berjalan kaki ke BUCKINGHAM PALACE, maka bergambarlah kami dengan kuda dan guard di situ. Kemudian ke WESTMINSTER ABBEY dan berjalan di kawasan sekitarnya. Berposing di WESTMINSTER STATION, BIG BEN, HOUSE OF PARLIAMENT, LONDON EYE / MILLENNIUM WHEEL dan LONDON AQUARIUM. Dari situ naik bas semula untuk pulang ke Royal park travelodge dan berpindah malam tu ke TRAVELODGE HEATHROW T5.



Trafalgar Square




Buckingham Palace


London Eye

Big Ben & House of Parliament





28 Dec.2007


Hari ni pagi-pagi lagi kena keluar dengan kereta ke Royal Park Travelodge, parking di situ sebab ust Halim masih di situ. Kemudian kami sarapan di Malaysia Hall, dan lepas tu kami naik bas 2 tingkat, duduk tingkat atas bahagian depan sekali sampai last bus stop iaitu di NEW GLOBE TAVERN GARDENS. Sempat berposing dengan 2 ekor angsa, kemudian lalu di QUEEN MARY UNIVERSITY OF LONDON, dan naik bas semula untuk ke WHITE CAPEL. Sembahyang di THE EAST LONDON MOSQUE yang bersebelahan dengan LONDON MUSLIM CENTRE. Sempat beli KHUF di kedai berhampiran untuk kegunaan musim sejuk.....Lepas tu makan kebab di kedai berhampiran.





Globe Tavern Garden












The East London Mosque & London Muslim Centre


Lepas makan naik semula bas untuk ke TOWER OF LONDON. Waktu tu dalam pukul 4 petang, tapi hari dah malam, namun pengembaraan harus diteruskan sebab esoknya dah nak balik. Dari situ kami berjalan ke TOWER BRIDGE. Pemandangan di situ memang cantik...Lepas puas berposing kami naik CITY CRUISE menyeberang ke WESSTMINSTER STATION. Dan dari situ kami naik bas ke Royal Park untuk ambil kereta dan menuju ke rumah Ustaz Erfino, pegawai MSD untuk menerima jemputan makan malam di rumahnya. Dalam pukul 11 malam, kami pun pulang ke Travelodge masing-masing.



Tower Bridge






29 Dec.2007




Hari untuk pulang ke Lampeter...Lepas Checkout, sempat lagi berposing depan TRAVELODGE HEATHROW tu....Janji jumpa dengan Ust.Halim di SERVICE di READING, dan dari situ kami teruskan perjalanan ke destinasi terakhir kami iaitu STONEHENGE-ENGLISH HERITAGE. Perjalanan ke situ agak jauh, sampai dah tengahari. Alhamdulillah cuaca masa tu panas terik tapi kami kesejukan sebab yang ada disitu hanyalah monument ditengah-tengah kawasan lapang....





Stonehenge



Dari STONEHENGE kami bertolak balik ke Lampeter. Pada mulanya kami ikut jalan kampung. Sungguh jauh dan memenatkan.Akhirnya selepas lebih kurang 2 jam perjalanan tak sampai-sampai kami berhenti di service untuk solat dan pakat masuk M4 semula. Masa di M4 kami berpecah bawa kereta masing-masing. Ustaz Halim dan kak Bib sempat lagi singgah di OUTLET BRIGEND berhampiran CARDIFF. Kami meneruskan perjalanan da singgah di Morrison Carmarthen dan sampai di rumah lebih kurang pukul 9 malam. Begitulah kisah pengembaraan kami ke kota London selama 5 hari 4 malam.


0 comments: